KE ARAH MALAYSIA TANPA KEDERAAN GUNA MINYAK DAN GAS: BOLEH KE??

wired_tesla-s-summon-feature-is-like-knight-rider-kinda-1
Diberitakan  bahawa Britain akan memberhentikan pengeluaran kenderaan bermotor yang menggunakan bahan api fosil.
Malaysia boleh mengambil inspirasi dari kesungguhan mereka memperdebatkan perkara besar ini dalam dewan parlimen mereka. Kalau benar mahu mempelajari sisi baik ini, kita harus lihat sejarah transisi yang berlaku sejak 50 tahun kebelakangan ini khususnya di sana.
Sejarah keperitan dan pergulatan antara pembangunan yang tidak seimbang, kesihatan yang terancam dalam kalangan masyarakat di sana mewujudkan kesedaran dan kemahuan untuk berubah lebih baik. Lalu wacana kelestarian, ekologi, alam sekitar diangkat dan menjadi salah satu tema penting dalam kehidupan mereka.
270bc1a0-85f2-4676-a311-63434863781b-1020x612
Kempen Stop de Kindermoord melawat Dewan Parlimen Belanda pada 1972, setahun selepas lebih 400 kanak-kanak terbunuh dalam kemalangan jalan raya (Gambar: Fotocollectie Anefo/Society for the Nationaal Archief)
Pengalaman Amsterdam Sebagai Ibu Kota Basikal
Bagaimana Amstredam mampu menjadi sebuah bandaraya yang mesra pengangkutan basikal? JIka ditelusuri sejarahnya, sejak 1960an, kenderaan bermotor seperti kereta adalah mod pengangkutan yang semakin popular. Walau bagaimanapun, disebalik kemudahan teknologi sedemkian rupa dinikmati oleh masyarakat moden, timbul masalah lain kepada mereka.
Pada 1971, 3,300 kematian dicatatkan di Belanda akibat daripada kemalangan trafik yang berlaku antara kenderaan bermotor dengan pejalan kaki dan sebagainya. Daripada jumlah tersebut, lebih 400 daripadanya adalah terdiri daripada kanak-kanak.
Perkara ini menimbulkan kemarahan masyarakat pada waktu itu sehingga wujudnya kumpulan-kumpulan pendesak dalam kalangan rakyat mendesak untuk kerajaan Belanda membeir penyelesaian tuntas bagi membendung masalah kematian akibat trafik lalu lintas, terutamanya melibatkan nyawa kanak-kanak. Akhirnya, wacana yang berlangsung lama sejak 1960an itulah memberikan nikmat tidak terhingga pada hari ini sehingga mendapat jolokan sebagai sebuah bandar yang mesra alam dan insan: “the bicycle capital of the world.”
Bagaimana dengan Malaysia?
Perubahan sikap boleh dipupuk di peringkat akar umbi melalui kewujudan komuniti-komuniti dan persatuan. Pada masa yang sama, keupayaan advokasi dan kempen peringkat perubahan polisi perlahan-lahan membentuk cara berfikir baharu dalam kalangan para pemimpin mereka.
Malaysia tidak boleh tiru bulat-bulat kesungguhan yang mereka tunjukkan kerana perlu melalui proses-proses yang wajar untuk sampai ke tahap kesedaran dan kemahuan itu.
Akan tetapi Malaysia mempunyai kelebihan untuk menilai dan sekiranya mampu, boleh mempercepatkan lagi tempoh halangan tersebut – dengan syarat dan persediaan yang ketat.
Kelebihan yang penulis fikir sedang Malaysia miliki adalah wujudnya institusi-institusi serta perancangan strategik bagi tujuan kelestarian, sebagaimana termaktub dalam Rancangan Malaysia ke 11.
Sebagaimana diungkapkan oleh Janez Potočnik, seorang ahli politik Slovania, bahawa memiliki teknologi hijau sahaja belum mencukupi. Ia seharusnya disertai dengan inisiatif politik, insentif ekonomi dan (paling penting) Gelagat sosial.
Gelagat sosial di sini kalau boleh diringkaskan ialah berkaitan dengan corak kepenggunaan sesebuah masyarakat. Kerana itu, penting aspek pendidikan kelestarian kepada generasi baharu.
Oleh yang demikian, jika benar Malaysia mahu menjadi sebuah negara yang mahu menyeimbangkan ekologi demi kebaikan penghuninya; harus beri penekanan kepada aspek pembentukan perenggu dhihin yang baharu tentang makna ekologi dan pembangunan. Selain itu, peranan advokasi, kempen dan golongan pendesak itu amat diperlukan dalam dunia hari ini. Kerana tanpa golongan pendesak, para pemimpin pelbagai peringkat yang bebal, amat lambat menangkap dan memahami perubahan dan Islah yang perlu dilakukan sesegera mungkin.
Sumber:
RMK 11

Pokok Ditebang Untuk Kebaikan Manusia?

c72662919390ce52f58e8cf2e4af0cad

Berita penebangan sejumlah pokok jenis Ara, Hujan-Hujan dan Khaya di Kuala Kangsar yang menghiasi dan melitupi sejumlah permukaan jalan dan ruang telah mencetuskan rasa marah para aktivis alam sekitar dan insan-insan yang punya hati memahami kepentingan keberadaan pokok-pokok tua itu.

YDP Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) mengambil masa 3 hari untuk menjawab persoalan ini. Menurut YDP MPKK – hari ini di Sinar Harian (1), pihak MPKK sudah lama mempertahankan pokok-pokok ini. Walau bagaimanapun, pihak mereka terus menerima aduan orang yang bimbang dengan keselamatan orang ramai yang lalu lalang di sekitar pokok. Menurut beliau lagi, setelah berbincang dengan ‘beberapa pihak’, keputusan diambil untuk menebang pokok-pokok tersebut.

Sebagai YDP dan pihak PBT, mereka ada kuasa danh tanggungjawab untuk menjaga keselamatan warganya, akan tetapi dalam urusan ini, pihak Majlis telah memotong sejumlah pokok besar-matang yang sebelum ini berfungsi menyeimbangkan suhu sekitaran dan secara puratanya menghasilkan 100kg gas Oksigen yang boleh digunakan oleh manusia.

Sebagai contoh, Seandainya disuatu kawasan mempunyai 8 batang pokok dewasa, setiap satunya setinggi 12 meter dan seberat 2 tan termasuk daun dan akarnya sekali, dengan mengambil kira pertumbuhan setahun sekitar 5%, setiap pokok dapat menghasilkan 100 kilogram gas oksigen yang boleh digunakan oleh manusia. Dengan adanya 8 batang pokok besar-matang ini, ia mampu menghasilkan sekitar 800 kilogram gas oksigen untuk keperluan seorang manusia yang secara purata menggunakan 740 kilogram oksigen setahun.(2) Cuba bayangkan berapa banyak karbon dioksida yang tidak Berjaya ditukar menjadi oksigen dan memenuhi ruang atmosfera setempat kerana pokok-pokok besar-matang itu sudah tiada? Apakah kawasan itu menjadi semakin panas atau sejuk berbanding sebelumnya?

Dalam keadaan hari ini, semua pihak maklum akan persekitaran dunia semakin panas, baik siang atau malam. Hutan diterokai tanpa belas ehsan – katanya untuk kebaikan manusia. Sedangkan tanpa sedar, manusia galak menghancurkan diri sendiri. Menghancurkan sistem atau ‘mesin’ pertukaran gas karbon dioksida menjadi oksigen untuk keperluan sendiri.

Makna kata, dalam situasi di Kuala Kangsar ini, masih belum jelas, dengan pihak mana MPPK mendapatkan pandangan sehingga mereka membuat keputusan untuk menebang salah satu sumber penyeimbangan udara bersih bagi kegunaan manusia – mereka yang menebangnya.

Apakah sudah tiada cara lain yang lebih efektif selain keputusan menebang dilaksanakan?

Kita hidup di zaman yang memerlukan budi bicara apabila melibatkan insan-alam sekitar. Mengulangi kesilapan rakus Revolusi Perindustrian sejak 2 abad yang lalu hanya akan menjadikan manusia tersepit dan mengabsahkan kebebalan tidak boleh diajar untuk ke sekian kalinya.

Oleh yang demikian, pihak PBT hari ini harus perlu lebih peka dan wajar mempunyai cara berfikir baharu untuk menyeimbangkan ekosistem perbandaran masing-masing supaya bukan sahaja maju dan selesa asbab pembinaan dan kemudahan material untuk masyarakat setempat malah merangkumi ekosistem bukan manusia juga kerana setiap satu elemen ekologi dalam perbandaran mempunyai fungsi khusus untuk memberi manfaat bukan kepalang kepada setiap nyawa di sesuatu kawasan.

Sumber:

(1) Sinar Harian, 27 Julai 2017, hlmn. 43

(2) http://www.sciencefocus.com/qa/how-many-trees-are-needed-provide-enough-oxygen-one-person

PERANAN KEMENTERIAN DAN AGENSI UNTUK MENGKOORDINASI EKONOMI PERBUKUAN

Blog - Phot - statistics 5

1. Dalam laporan Bernama hari ini, pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaam (NBOS)  yang diamal laksanakanakan dalam sistem pentadbiran dan pengurusan kerajaan Malaysia mendapat perhatian para pemimpin pendidikan luar negara.

2. Selain Malaysia, beberapa negara anggota Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEC) turut merangka dan melaksanakan idea dan strategi yang sama seperti NBOS Malaysia.

2. Pendekatan ini dikatakan mampu melakukan penjimatan sejumlah kos dan sumber untuk menjayakan sesebuah projek.

3. Idea dan pendekatan yang sama wajar dirangka dan dilaksanakan di peringkat industri perbukuan Malaysia. Adalah suatu yang menarik sekiranya industri buku juga dapat menggunakan pendekatan NBOS dalam usaha menjayakan hasrat ekonomi perbukuan.

4. Pada ketika ini, sinergi itu memang sedang berlaku dalam industri perbukuan, khususnya dalam penganjuran program dalam dan luar negara. Namun, untuk menjadikan sesebuah industri itu lebih intim dan mampu untuk terus berkembang, perkongsian maklumat yang memadai harus berlaku. Selain itu, maklumat dan analisis tersebut juga boleh digunakan oleh pihak pelabur atau pembeli luar negara.

5. Keberadaan data perbukuan dan kandungan dipelbagai kementerian, agensi dan swasta mesti disatukan melalui suatu proses yang akan memudahkan ia untuk digunakan semula oleh pelbagai pihak.

6. Data-data seperti jumlah jualan  bagi setiap naskah buku, jumlah penerbit, penulis sepenuh masa atau separuh masa, ilustrator, percetakan, penterjemah, editor, harga, pesta buku, profil pembaca rakyat Malaysia, perkembangan jenis genre, fungsi dan KPI institusi-institusi atau agensi berkaitan industri; ini merupakan antara cerapan data dalam #bibliokonomi untuk tujuan yang lebih besar kelak.

7. Oleh yang demikian, NBOS dilihat sebagai satu strategi terbaik dan harus menjadi agenda untuk memperkasakan industri perbukuan Malaysia.

INDUSTRI BUKU MALAYSIA: MENGEMBANG, STATIK ATAU MENGUNCUP?

20246343_1528784537210043_9174065248087080730_n

Gambar: The Publisher’s Weekly


1. Untuk mengembangkan sesuatu industri, setiap pembuat keputusan (pemilik syarikat atau pembuat dasar) memerlukan sejumlah maklumat yang memadai dan disahkan supaya dapat membantu pembuatan keputusan kelak. Dan itulah antara fungsi MATRADE, MITI, DOS, dan lain-lain industri berkaitan.

2. Sebab itu, setakat ini, dalam industri perbukuan sebagai contoh, tiada cerapan data yang memadai dan dapat disahkan untuk melihat sama ada industri ini semakin berkembang atau menguncup dan bagaimana maklumat-maklumat tersebut dapat membantu industri.

3. Apakah bantuan BB1M, penerokaan pasaran baharu diperingkat antarabangsa, rebat cukai hasil pembelian buku, pertambahan cawangan kedai dan kiosk buku, persembahan buku, penerbitan oleh pihak swasta atau agensi, regulasi penerbitan atau sebarang dasar, dan lain-lain indikator, mempengaruhi perkembangan industri buku tanah air?

4. Oleh yang demikian, perlunya sinergi dalam kalangan penggiat industri berganding bahu memperkemaskan data-data perbukuan kita. Perkara ini adalah sebahagian daripada aspek #Bibliokonomi yang sedang diusahakan.

5. Tanpa data yang memadai, analisis situasi tidak mampu dibuat bagi melihat perkembangan industri ini, sebagaimana kita dapat lihat perkembangan industri sektor pembuatan, minyak dan gas, elektrik dan elektronik, perkhidmatan dan lain-lain.