KE ARAH MALAYSIA TANPA KEDERAAN GUNA MINYAK DAN GAS: BOLEH KE??

wired_tesla-s-summon-feature-is-like-knight-rider-kinda-1
Diberitakan  bahawa Britain akan memberhentikan pengeluaran kenderaan bermotor yang menggunakan bahan api fosil.
Malaysia boleh mengambil inspirasi dari kesungguhan mereka memperdebatkan perkara besar ini dalam dewan parlimen mereka. Kalau benar mahu mempelajari sisi baik ini, kita harus lihat sejarah transisi yang berlaku sejak 50 tahun kebelakangan ini khususnya di sana.
Sejarah keperitan dan pergulatan antara pembangunan yang tidak seimbang, kesihatan yang terancam dalam kalangan masyarakat di sana mewujudkan kesedaran dan kemahuan untuk berubah lebih baik. Lalu wacana kelestarian, ekologi, alam sekitar diangkat dan menjadi salah satu tema penting dalam kehidupan mereka.
270bc1a0-85f2-4676-a311-63434863781b-1020x612
Kempen Stop de Kindermoord melawat Dewan Parlimen Belanda pada 1972, setahun selepas lebih 400 kanak-kanak terbunuh dalam kemalangan jalan raya (Gambar: Fotocollectie Anefo/Society for the Nationaal Archief)
Pengalaman Amsterdam Sebagai Ibu Kota Basikal
Bagaimana Amstredam mampu menjadi sebuah bandaraya yang mesra pengangkutan basikal? JIka ditelusuri sejarahnya, sejak 1960an, kenderaan bermotor seperti kereta adalah mod pengangkutan yang semakin popular. Walau bagaimanapun, disebalik kemudahan teknologi sedemkian rupa dinikmati oleh masyarakat moden, timbul masalah lain kepada mereka.
Pada 1971, 3,300 kematian dicatatkan di Belanda akibat daripada kemalangan trafik yang berlaku antara kenderaan bermotor dengan pejalan kaki dan sebagainya. Daripada jumlah tersebut, lebih 400 daripadanya adalah terdiri daripada kanak-kanak.
Perkara ini menimbulkan kemarahan masyarakat pada waktu itu sehingga wujudnya kumpulan-kumpulan pendesak dalam kalangan rakyat mendesak untuk kerajaan Belanda membeir penyelesaian tuntas bagi membendung masalah kematian akibat trafik lalu lintas, terutamanya melibatkan nyawa kanak-kanak. Akhirnya, wacana yang berlangsung lama sejak 1960an itulah memberikan nikmat tidak terhingga pada hari ini sehingga mendapat jolokan sebagai sebuah bandar yang mesra alam dan insan: “the bicycle capital of the world.”
Bagaimana dengan Malaysia?
Perubahan sikap boleh dipupuk di peringkat akar umbi melalui kewujudan komuniti-komuniti dan persatuan. Pada masa yang sama, keupayaan advokasi dan kempen peringkat perubahan polisi perlahan-lahan membentuk cara berfikir baharu dalam kalangan para pemimpin mereka.
Malaysia tidak boleh tiru bulat-bulat kesungguhan yang mereka tunjukkan kerana perlu melalui proses-proses yang wajar untuk sampai ke tahap kesedaran dan kemahuan itu.
Akan tetapi Malaysia mempunyai kelebihan untuk menilai dan sekiranya mampu, boleh mempercepatkan lagi tempoh halangan tersebut – dengan syarat dan persediaan yang ketat.
Kelebihan yang penulis fikir sedang Malaysia miliki adalah wujudnya institusi-institusi serta perancangan strategik bagi tujuan kelestarian, sebagaimana termaktub dalam Rancangan Malaysia ke 11.
Sebagaimana diungkapkan oleh Janez Potočnik, seorang ahli politik Slovania, bahawa memiliki teknologi hijau sahaja belum mencukupi. Ia seharusnya disertai dengan inisiatif politik, insentif ekonomi dan (paling penting) Gelagat sosial.
Gelagat sosial di sini kalau boleh diringkaskan ialah berkaitan dengan corak kepenggunaan sesebuah masyarakat. Kerana itu, penting aspek pendidikan kelestarian kepada generasi baharu.
Oleh yang demikian, jika benar Malaysia mahu menjadi sebuah negara yang mahu menyeimbangkan ekologi demi kebaikan penghuninya; harus beri penekanan kepada aspek pembentukan perenggu dhihin yang baharu tentang makna ekologi dan pembangunan. Selain itu, peranan advokasi, kempen dan golongan pendesak itu amat diperlukan dalam dunia hari ini. Kerana tanpa golongan pendesak, para pemimpin pelbagai peringkat yang bebal, amat lambat menangkap dan memahami perubahan dan Islah yang perlu dilakukan sesegera mungkin.
Sumber:
RMK 11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s