Pokok Ditebang Untuk Kebaikan Manusia?

c72662919390ce52f58e8cf2e4af0cad

Berita penebangan sejumlah pokok jenis Ara, Hujan-Hujan dan Khaya di Kuala Kangsar yang menghiasi dan melitupi sejumlah permukaan jalan dan ruang telah mencetuskan rasa marah para aktivis alam sekitar dan insan-insan yang punya hati memahami kepentingan keberadaan pokok-pokok tua itu.

YDP Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) mengambil masa 3 hari untuk menjawab persoalan ini. Menurut YDP MPKK – hari ini di Sinar Harian (1), pihak MPKK sudah lama mempertahankan pokok-pokok ini. Walau bagaimanapun, pihak mereka terus menerima aduan orang yang bimbang dengan keselamatan orang ramai yang lalu lalang di sekitar pokok. Menurut beliau lagi, setelah berbincang dengan ‘beberapa pihak’, keputusan diambil untuk menebang pokok-pokok tersebut.

Sebagai YDP dan pihak PBT, mereka ada kuasa danh tanggungjawab untuk menjaga keselamatan warganya, akan tetapi dalam urusan ini, pihak Majlis telah memotong sejumlah pokok besar-matang yang sebelum ini berfungsi menyeimbangkan suhu sekitaran dan secara puratanya menghasilkan 100kg gas Oksigen yang boleh digunakan oleh manusia.

Sebagai contoh, Seandainya disuatu kawasan mempunyai 8 batang pokok dewasa, setiap satunya setinggi 12 meter dan seberat 2 tan termasuk daun dan akarnya sekali, dengan mengambil kira pertumbuhan setahun sekitar 5%, setiap pokok dapat menghasilkan 100 kilogram gas oksigen yang boleh digunakan oleh manusia. Dengan adanya 8 batang pokok besar-matang ini, ia mampu menghasilkan sekitar 800 kilogram gas oksigen untuk keperluan seorang manusia yang secara purata menggunakan 740 kilogram oksigen setahun.(2) Cuba bayangkan berapa banyak karbon dioksida yang tidak Berjaya ditukar menjadi oksigen dan memenuhi ruang atmosfera setempat kerana pokok-pokok besar-matang itu sudah tiada? Apakah kawasan itu menjadi semakin panas atau sejuk berbanding sebelumnya?

Dalam keadaan hari ini, semua pihak maklum akan persekitaran dunia semakin panas, baik siang atau malam. Hutan diterokai tanpa belas ehsan – katanya untuk kebaikan manusia. Sedangkan tanpa sedar, manusia galak menghancurkan diri sendiri. Menghancurkan sistem atau ‘mesin’ pertukaran gas karbon dioksida menjadi oksigen untuk keperluan sendiri.

Makna kata, dalam situasi di Kuala Kangsar ini, masih belum jelas, dengan pihak mana MPPK mendapatkan pandangan sehingga mereka membuat keputusan untuk menebang salah satu sumber penyeimbangan udara bersih bagi kegunaan manusia – mereka yang menebangnya.

Apakah sudah tiada cara lain yang lebih efektif selain keputusan menebang dilaksanakan?

Kita hidup di zaman yang memerlukan budi bicara apabila melibatkan insan-alam sekitar. Mengulangi kesilapan rakus Revolusi Perindustrian sejak 2 abad yang lalu hanya akan menjadikan manusia tersepit dan mengabsahkan kebebalan tidak boleh diajar untuk ke sekian kalinya.

Oleh yang demikian, pihak PBT hari ini harus perlu lebih peka dan wajar mempunyai cara berfikir baharu untuk menyeimbangkan ekosistem perbandaran masing-masing supaya bukan sahaja maju dan selesa asbab pembinaan dan kemudahan material untuk masyarakat setempat malah merangkumi ekosistem bukan manusia juga kerana setiap satu elemen ekologi dalam perbandaran mempunyai fungsi khusus untuk memberi manfaat bukan kepalang kepada setiap nyawa di sesuatu kawasan.

Sumber:

(1) Sinar Harian, 27 Julai 2017, hlmn. 43

(2) http://www.sciencefocus.com/qa/how-many-trees-are-needed-provide-enough-oxygen-one-person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s